Sunday, January 4, 2009

Diet VS bengkung + Krim Halia

hahahaha....


Sebermula nya tahun baru nih x der org yg mampu mempermainkan perut aku lagii...

aku dah x yah nak berdiet. aku skang dah pakai bengkung di siang hari n malamnya aku pakai krim mujarab krim halia...


dalam masa 2 bulan lagi aku sudah bebas daru kutukan masyarakat... saya sudah anda bila lagi

Sunday, December 28, 2008

Etiqa takaful


Dah lama jugak la x updatekan blog nih... hajat nak tukar pakai wordpress pulak nampak cantik sikit.. tapi bila nak search pakai goolge payah lak... skang nihh x tau la nak pindah ke wordpress ker terus nak pakai blogspot nihh.. kalo pakai wordpress dah buat dah... cuma x launch lagi jer...

Ok la aku skang nih dah jadi ejen Takaful eYiQa.. baru jer 2 hari case (prospek) satu pom x hantar lagi ...

Sebenarnya dah lama aku nak amik polisi takaful nih cuma x der org yg ajak.. tapi kawan aku ada sorang jadi ejen jual kat aku terus la aku berminat walaupom mula2 nak mengelak2 jugak...

tapi skang aku pom dah jadi ejen etiqa .. kalo sapa2 teringin nak masuk takauful etiqa boleh la jumpa aku.. sabtu ngan ahad jer.. aku x brani lagi buat full time..

aku jual etiqa takaful jer etiqa insurans aku x jual..

sapa2 yg nak masuk takful sekali lagi boleh jumpa aku.. kalo x mau amik pom x per, paling tidak jangan salah paham pasal etiqa takaful sudah laa...
aku tau kalo org melayu sebut pasal takaful ramai yg pandang serong.. bukan kita nak amik duit dia sesen pom kita x amik..
kita cuma mintak dia simpan jer untuk masa depan diorang jugak... untuk waris dan anak2..

ok laa... apa2 pom doakan aku berjaya.... aminnn

Monday, November 10, 2008

Selamat Datang Ke MMU


Dah lama rasanya x meng ' update'kan info dalam blog nihh... dah bebulan
semangat beblog nihh dah hilang lak..

k la.. skang boleh la aktif balik kot sementara tunggu masa rehat nih habis...
Start officially nya aku dah jadi warga MMu tepat nov 1 , 2008,
Dah x kerja la kat Ops lama FY-solutions...
tempat yg banyak mengajar aku erti sebuah perkerjaan dah bekerja.

Skang nih dah dapat kat MMU. mungkin rezeki kot...
aku apply punya la byk kat tempat lain ngan cop la ngan pos laa online laa..
kena interview samapai la amik peksa 2-3 kali x dapat2 jugak
Kat MMu nih aku punya application form dah lewat seminggu aku hantar ..
hantar hari nih.. esok dia tepon lusanya terus interview...
mula2 tuh biasa laa
aku ingat byk lagi la prosedure kena ikut.. nak kena amik pekse ker apa ker..

alih2 pegi sekali jer interview walau application dah hbis tarikh tutup dapat jugak...
mungkin dah tetulis kot rezeki aku kat sini...

Allhamdullilah skang position aku sma dan sebijik ngan pensyarah aku Mr.Zulkefli yusop.. meja yg sama .. komputer yang sama tempat duduk pom sama...

rezeki Allah bagi cuma kita kena usahakan..... kan...kann...
ok laa
dah kul 2 nihh nak kena buat kerja balik laa
ada rezeki kita jumpa lagi..nak buat website utk library...
tapi mata nih ngantuk jer...........zzzzz..zzz.zzz

Sunday, September 7, 2008

Abang Nak Beli Kuih...??


Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!"

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


** Di petik dari yahoo group - pandangan seorang ustaz**

Sunday, August 31, 2008

Selamay menyambut Ramdhan Al-mubarak


selamat Menyambut ramadah n al-mubarak kepada all my

friends... x kira la yg jauh ker dekat ker lama ker baru ker

asalkan kita sama2 berpuasa , aku ucapankan selamat

hari puasa ... semoga dengan limpah kurniaNYA kita dapat

menjalankan tugas dan keawajipan kita dengan sempurna

Aminn..

Di sini kama nak mintak maaf dari hujung rambut

ke hujung kaki dan maaf zahir dan batin kepada semua

org yg mana terkasar sengaja, atau x sengaja yg terasa

hati .. kama nak mintak ampun dan maaf ... sebagai

manusia biasa kama x lepas dari kesalahan dan ketidak

sempurnaan...