Sunday, December 28, 2008

Etiqa takaful


Dah lama jugak la x updatekan blog nih... hajat nak tukar pakai wordpress pulak nampak cantik sikit.. tapi bila nak search pakai goolge payah lak... skang nihh x tau la nak pindah ke wordpress ker terus nak pakai blogspot nihh.. kalo pakai wordpress dah buat dah... cuma x launch lagi jer...

Ok la aku skang nih dah jadi ejen Takaful eYiQa.. baru jer 2 hari case (prospek) satu pom x hantar lagi ...

Sebenarnya dah lama aku nak amik polisi takaful nih cuma x der org yg ajak.. tapi kawan aku ada sorang jadi ejen jual kat aku terus la aku berminat walaupom mula2 nak mengelak2 jugak...

tapi skang aku pom dah jadi ejen etiqa .. kalo sapa2 teringin nak masuk takauful etiqa boleh la jumpa aku.. sabtu ngan ahad jer.. aku x brani lagi buat full time..

aku jual etiqa takaful jer etiqa insurans aku x jual..

sapa2 yg nak masuk takful sekali lagi boleh jumpa aku.. kalo x mau amik pom x per, paling tidak jangan salah paham pasal etiqa takaful sudah laa...
aku tau kalo org melayu sebut pasal takaful ramai yg pandang serong.. bukan kita nak amik duit dia sesen pom kita x amik..
kita cuma mintak dia simpan jer untuk masa depan diorang jugak... untuk waris dan anak2..

ok laa... apa2 pom doakan aku berjaya.... aminnn

Monday, November 10, 2008

Selamat Datang Ke MMU


Dah lama rasanya x meng ' update'kan info dalam blog nihh... dah bebulan
semangat beblog nihh dah hilang lak..

k la.. skang boleh la aktif balik kot sementara tunggu masa rehat nih habis...
Start officially nya aku dah jadi warga MMu tepat nov 1 , 2008,
Dah x kerja la kat Ops lama FY-solutions...
tempat yg banyak mengajar aku erti sebuah perkerjaan dah bekerja.

Skang nih dah dapat kat MMU. mungkin rezeki kot...
aku apply punya la byk kat tempat lain ngan cop la ngan pos laa online laa..
kena interview samapai la amik peksa 2-3 kali x dapat2 jugak
Kat MMu nih aku punya application form dah lewat seminggu aku hantar ..
hantar hari nih.. esok dia tepon lusanya terus interview...
mula2 tuh biasa laa
aku ingat byk lagi la prosedure kena ikut.. nak kena amik pekse ker apa ker..

alih2 pegi sekali jer interview walau application dah hbis tarikh tutup dapat jugak...
mungkin dah tetulis kot rezeki aku kat sini...

Allhamdullilah skang position aku sma dan sebijik ngan pensyarah aku Mr.Zulkefli yusop.. meja yg sama .. komputer yang sama tempat duduk pom sama...

rezeki Allah bagi cuma kita kena usahakan..... kan...kann...
ok laa
dah kul 2 nihh nak kena buat kerja balik laa
ada rezeki kita jumpa lagi..nak buat website utk library...
tapi mata nih ngantuk jer...........zzzzz..zzz.zzz

Sunday, September 7, 2008

Abang Nak Beli Kuih...??


Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.
"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!"

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.


** Di petik dari yahoo group - pandangan seorang ustaz**

Sunday, August 31, 2008

Selamay menyambut Ramdhan Al-mubarak


selamat Menyambut ramadah n al-mubarak kepada all my

friends... x kira la yg jauh ker dekat ker lama ker baru ker

asalkan kita sama2 berpuasa , aku ucapankan selamat

hari puasa ... semoga dengan limpah kurniaNYA kita dapat

menjalankan tugas dan keawajipan kita dengan sempurna

Aminn..

Di sini kama nak mintak maaf dari hujung rambut

ke hujung kaki dan maaf zahir dan batin kepada semua

org yg mana terkasar sengaja, atau x sengaja yg terasa

hati .. kama nak mintak ampun dan maaf ... sebagai

manusia biasa kama x lepas dari kesalahan dan ketidak

sempurnaan...



Wednesday, August 27, 2008

Seminar Microsoft VS 2008


Ogos 27, 2008:- hari nie nie la kali pertama naik ke bangunan KLCC tinggi dari tingkat 4 yang kat suria tuhh. kira nanti org cerita dia naik KLCC lebih dari suria tuh x leh tipu laa. kira kama pom dah naik la KLCC yang diangga bangga sangat tuhh... hehehee . seminar tuh kat Tower 2, tingkat 29.

ok la bebalik tajuk utama , seminar tuh pasal upgrade dari vb 6.0 ke VS 2008, yg tuh jer fokus dia. pastuh yang maan dah pakai VS 2003/05 x der beza sgt la . ok untuk yang pakai VS 20005 microsoft akan maintain MAINSTREAM VS 2005 sehingga 2011 pastuh untk SMALLSTREAM sampai la 2016, kira lepas tuh x der upgrade2 dah la, kena pakai 2008 jer la, dalam VS 2008 nih ada la beza dia sikit ngan VS 2005 selain daripada VS 2008 nih berat lagi dari VS 2005,

Dalam VS 2008 x payah nak declare type of variable kira macam nie la:

Dim PapanLapis = "Mamat Tongkang"

Dim NoTulangBlakang = 123.3

kira automatik PapanLapis tuh akan di declarekan sebagai string pastuh yg NoTulangBlakang tuh akan jadi double. pastuh dalam coding tuh ada la jugak benda2 ayang lebih kepada animation, contohnya nak tukar kedudukan coding tuh .. pendek kata kalo x der keperluan x payah la tukar ke VS 2008 x der apa sgt bezenya cuma yg VS2008 makin lama org pakai tuh makin buat diorang lupa coding. byak drag drop jer terutama VB nag Web Application...

makin x syok la mcm tuh....

Monday, August 25, 2008

Periksa SPA


Yeaa... dapat periksa SPA jadi Pegawai tadbir dan diplomatik, pegawai tadbir, kastam, pegawai penerangan ngan 2-3 apa tah tak ingat pulak apa lagi....
periksa hari sabtu lepas 23 hb 2008.. ada 2 - 3 org kawan jugak la amik SPA nihh pekse hari yang sama sorang kawan masuk U dulu dia amik kat shah Alam.. jawatan pom lebih kurang jer pastuh sorang lagi dapat kat KL jugak dapat pegawai penerbitan.. tapi sayang x pegi katanya x minat la pulak..
x per la rezeki masing2 kalo ada rezeki dapat la kot mana2 tuhh... hari tuhh dah pegi dapat kastam tapi x panggil2 pom mcm mana tah..

SOALAN PEKSE::

nih yang paling faveret sebenarnya , soalan kali nihh lain dia punya format berbanding masa mula2 amik tuhh, format kali nihh senang sikit ada 2 esei kena buat satu BI satu BM. pastuh soalan objectif dia pom senang sikit, rasanya ok kot x der la tersangkut sangat.. harap2 dapat la masuk goment punya sektor selamat sikit x macam private pening habis kepala...

Amin rabana Alamin... moga2 dapat la dapat jadi PTD nihh ada pelung jadi duta dapat duk kat negeri org boleh jalan2 hehehehehehhe...



Thursday, August 21, 2008

diet.... ohhh .. diet

heheheheh... benda sensetif dah benda nih bg aku .. dulu aku anti diet sapa2 yg kuar ngan aku pastu aku ajak makan tetiba dia kata diet marah betul aku... apa la guna diet2 gemuk nihhh x mati pom...

tapi...
itu semua dulu sekarang aku pom dah bediet laaa tapi x kritikal .. x der lagi sampai nak makan2 ubat. cuma sejak sebulan lepas aku dah makan nasi cuma sekali sehari jer kalo lebih pom sebab ada member memasak makan jugak la amik hati... kang merajuk lak sapa yg susah aku jugak..

berat sekarang ok lagi baru timbang 2 hari llepas 68.6kg ... muahahahaha.. mendadak naik tapi yg paling pantang jgn sapa2 brani tegur perut aku.. kata gemuk x perr.. perut2 jgn main la braderr.. cari nahas tuhh..
azam aku sebelum rayanie, badan (perut) kembali slim semula x der ketul2 dah.. semenjak x makan malam nihh memang nampak perubahan la kat badan (perut) nihhh dah x brapa menonjol dahh.. kira berjaya jugak laa.. hehehehe

ok gamabatiee kudasaii kama... HIDUP DIET.... HIDUP DIET...!!!

Sunday, August 10, 2008

my first - otak kambing


hehehe... hari sibuk sikit . ada hari keluarga kat sentul hari ahad n apa yang kama nak cerita sebenarnya pasal kali pertama makan otak kambing. huuuiii.. sedap rupanya otak kambing tapi dia lembik lembik sikit mudah hancur. makan sikit jer la coz sebelum nihh tak pernah makan otak kambinmg ok jugak laa.. tapi ada jugak la penangan dia sakit perut la pulak.... makan pil cik kit teun pom x jal;am rasa macam dah cuci habis perut nihh. tapi bukan kritikal la .

Friday, August 8, 2008

Majlis Peguam "Memeluk Islam"

Ntah la apa nak jadi.. dulu sibuk pasal lina joy pastu sibuk la pasal Murooty abdullah (Pendaki everest ) pastu nie pasal kes sihimala ntah la x ingat sgt nama nya. Ini lah kalo mealu ngan islam dah x kuat kaum - kaum yg pandai telajak nihh senang senag jer diorg pijak kepala. ingat x lagi kes Penggunaan nama allah dalam kristian tuh.. pastu kes masukan bible dalam bahasa melayu iindon dari indonesia nihh... yang peliknya dalam undang persekutaun kan ada sebut agama lain x leh ajak org islam masuk ke agama diorg. x der la pulak kita dengar gereja yang memurtadkan Lina Joy tuh kena tindakan apa2 cakap lebat jer tapi bila nak buat x der sapa pom.

mcm mana tah, hajat nak join jugak la esok kat masjid jamek x tau la nak jadi apa. harap2 aman la x mau la kecoh2 nie la bila pemimpin sebuk hal politik pastuh pasal benda lain x amik peduli......

Thursday, August 7, 2008

My first Experiance in blog


Ni la kali pertama saya buat try blog nihh. salamanih cuma saja baca baca blog org tu pom kadang -kadang. nih baru la nak try betul2 hajatrnya biar la blog kekal dan dapat jugak la menjadi penghubung silaturahim ... hope all the best la untuk bolg nihhh.
beberapa objectiive i will try to achive dalam blog nihh :
1. nak try benda baru
2. nak kongsi ilmu
3. pengerat silaturahim
4. skill menulis
5. saja nak kongsi cerita
k lahh.. selamat datang la to mallpro blog